Internet: Basic Learning

10 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Sibuti telah mengadakan aktiviti pembelajaran asas kepada internet yang berfokuskan kepada golongan kanak-kanak sekolah rendah. Terdapat tiga perkara asas yang yang telah ditekankan ketika sesi pembelajaran berkenaan iaitu melayari internet menggunakan carian google, menyunting gambar secara atas talian, dan meningkatkan keyakinan pembentangan para peserta. Secara tidak langsung kemahiran intelektual dan kendiri para peserta dapat ditingkatkan.

Sebelum berlangsungnya kelas tersebut para peserta diberi taklimat KDB dan advokasi. Mereka diberi penerangan tentang topik buli siber. Kelas tersebut telah diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 10 orang peserta yang telah menyertai kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali